Bab 8
Sistem Pengurusan Pembelajaran
oleh : Nur Aliya Solehah binti Rostam
oleh : Nur Aliya Solehah binti Rostam
Kini, Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS) telah menjadi satu komponen penting dalam sistem pendidikan Malaysia (di kebanyakan universiti serta pusat pengajian tinggi) . Hal ini demikian kerana ciri pembelajaran dan reka bentuk yang unik dalam SPP membolehkannya dilaksanakan untuk pelbagai pelajar di peringkat tinggi. Terdapat banyak set-set alat standard yang boleh digunakan untuk memudahkan pembelajaran dan perbincangan dalam persekitaran talian.
Rajah 1 menunjukkan contoh LMS/SPP yang diambil daripada portal Universiti Pendidikan Sultan Azlan Shah |
Rajah 2 menunjukkan secara ringkas tentang kandungan yang terdapat dalam LMS/SPP yang boleh diakses oleh pelajar |
8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) merupakan platform dalam talian yang membolehkan penyampaian bahan, sumber dan aktiviti pelajar dalam dan luar persekitaran bilik darjah.
Hal ini membolehkan guru menawarkan arahan khusus yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana-mana mereka berada. Secara umumnya, sistem ini juga digunakan untuk menyampaikan, mengakses, menilai dan menguruskan latihan-latihan dalam talian. (Srichannyachon,2014). Melalui sistem ini juga para pelajar dapat melihat dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran dengan carian laman sesawang yang menggunakan sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih.
Platform ini mempunyai tiga tahap penggunaan dengan ciri-ciri penggunaan yang berbeza iaitu:
Peranan
|
Fungsi
|
Pentadbir
(pengurus platform)
|
Mengurus keseluruhan persekitaran pembelajaran
|
Guru
(*jawatan lain)
|
Menjana kursus, mata pelajaran atau latihan
|
Pelajar
(peserta)
|
Akses dan berinteraksi dengan kursus tertentu dan mengambil bahagian dalam subjek yang dilanggan
|
Ciri-ciri utama dalam SPP adalah seperti berikut :
- Kebolehcapaian
SPP seharusnya berasaskan web dan boleh diakses oleh semua pelajar (peserta) tanpa mengira lokasi. Selain itu, kolej atau universiti boleh mencapai populasi pelajar yang pelbagai dalam mengakses sistem ini. Perkembangan teknologi juga dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang fleksibel.
- Masa
SPP akan membenarkan para guru untuk menyiarkan maklumat dan kandungan pembelajaran bagi menjana pemikiran yang kritis lagi inovatif dalam kalangan pelajar tanpa kekangan jadual kelas yang terhad.
- Fleksibiliti
SPP menyediakan fleksibiliti yang diperlukan untuk memenuhi keunikan gaya pembelajaran mereka. Hal ini akan membolehkan pelajar untuk menyemak kembali kandungan atau menyelidiki topik yang mereka minati. Seterusnya, memberi peluang kepada para pelajar untuk menjalankan pembelajaran kendiri di samping menguruskan masa mereka dengan baik.
- Kepelbagaian mod pembelajaran
Pelajar boleh mempelajari kandungan pembelajaran melalui pelbagai cara audio, video, foto, artikel dan simulasi interaktif. Hal in akan menjadi kualiti hasil pembelajaran mereka semakin meningkat.
- Kolaboratif
SPP juga boleh menjadi penyumbang dalam mendidik para pelajar untuk melahirkan sikap bekerjasama dalam kumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana ahli kumpulan boleh menghantar fail atau dokumen untuk berkongsi maklumat dalam perbincangan kumpulan,
- Mudah guna
SPP yang baik adalah sistem yang mesra pengguna yang ciri-cirinya cepat dan mudah untuk dipelajari.
- Menyokong komuniti
Hal ini dikatakan demikian kerana, Forum perbincangan, pautan, perkongsian dokumen dan real-time messaging dapat menggalakkan komuniti pelajar untuk berkumpul dan berkongsi pengetahuan.
8.2 Modul-modul aktiviti dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran
SPP menyediakan kemudahan untuk berinteraksi antara pelajar dan tenaga pengajar melalui media komunikasi. Media komunikasi yang terkandung dalam SPP ialah forum, papan buletin, e-mel dan ruang sembang (chat). Dalam e-pembelajaran, medium ini merupakan yang terbaik.
- Ruangan sembang (chat)
Media ini sangat penting untuk memudahkan para pelajar membuat perbincangan secara maya. Ruangan sembang ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman antara satu sama lain terhadap topik yang dibincangkan. Medium ini sedikit berbeza dengan daripada forum.
- Pangkalan data
Pelajar dan tenaga pelajar boleh menggunakan pangkalan data untuk membina, memaparkan dan mencari topik-topik dalam rekod SPP. Format dan struktur penyertaan ini termasuklah imej, URL, nombor dan teks.
- Glosari
Membenarkan peserta untuk membuat dan menyelenggarakan senarai istilah berserta takrifnya. Maksud perkataan boleh dicari dan disemak dalam banyak format yang berbeza dan boleh dihubungkan dari tempat lain di laman sesawang ini.
- Forum
Rajah di atas merupakan contoh forum yang membenarkan perbincangan secara maya dijalankan |
Digunakan untuk perbincangan secara tidak segerak di dalam talian. Melalui forum, para pelajar akan mendapat salinan setiap post baharu melalui e-mel. Forum juga membenarkan pelajar dan guru untuk untuk menghantar komen bagi merangsang perbincangan.
- Soal selidik
Membolehkan guru untuk membuat tinjauan yang diisi oleh pelajar. Misalnya, penilaian kursus atau tinjauan terhadap bahan bacaan.
- Penjadualan
rajah ini menunjukkan contoh tarikh penghantaran yang boleh dilihat oleh pelajar |
Membenarkan tenaga pengajar kursus menyiarkan waktu yang sesuai bagi mesyuarat dan kemudian pelajar mendaftar untuk slot yang paling sesuai dengan mereka. Hal ini berguna untuk mesyuarat atau perjumpaan yang diperlukan antar pelajar dan guru. selain itu, para pelajar dapat mengetahui tentang tarikh-tarikh penghantaran tugasan dan sebagainya.
- Pelajaran
Guru dapat membuat laluan bersyarat melalui bahan yang dibina yang terdiri daripada beberapa halaman. Setiap halaman biasanya berakhir dengan soalan dan jawapan.
- Tugasan
Rajah 2 menunjukkan bahawa pelajar boleh menggunakan tools tersebut untuk menghantar tugasan. |
Membenarkan pelajar menghantar kerja secara dalam talian termasuk memuat naik sebarang jenis fail seperti dokumen MS Word dan MS Powerpoint, klip video dan lain-lain lagi. Guru boleh memberi maklum balas dan gred kepada pelajar.
- Muat naik fail secara terperinci
Digunakan sekiranya pelajar perlu menghantar beberapa fail atau fail yang berkapasiti besar. Guru dapat menetapkan saiz serta bilangan maksimum fail yang diserahkan kepada setiap pelajar. Guru boleh membuat keputusan jika mahu pelajar bekerja secara kumpulan, membenarkan pelajar memadam fail selepas dimuat naik dan menulis nota kepada guru.
- Teks dalam talian
Rajah berikut menunjukkan contoh SPP membenarkan pelajar untuk menyelesaikan tugasan dengan teks yang boleh ditaip oleh pelajar. |
Tugasan yang berasaskan teks yang memerlukan jawapan ringkas. Pelajar tidak boleh memuat naik fail daripada komputer dan hanya boleh menaip teks pada kotak editor dan menghantarkannya kepada guru. Guru juga boleh menetapkan tarikh tugasan yang perlu dihantar.
- Muat naik satu fail
Fungsi ini hampir sama seperti ‘memuat naik fail secara terperinci’ namun hanya boleh memuat naik satu fail yang bersaiz kecil sahaja. Guru boleh menetapkan tarikh akhir penyerahan, skala gred dan sebagainya.
- Aktiviti luar talian (offline activity)
Merupakan antara pilihan yang paling mudah untuk digunakan. Kebanyakan tugasan hanya wujud sebagai peringatan kepada pelajar bahawa mereka mempunyai tugasan pada hari tertentu.
- Kuiz
- Wiki
8.2.1 Tinjauan terhadap Sistem-sistem Pengurusan Pembelajaran
Terdapat banyak platform yang direka khas untuk para pendidik. Antaranya ialah :
- Blackboard
www.blackboard.com
Platform pendidikan yang komprehensif dalam talian yang merangkumi aplikasi mudah alih dan bercirikan kolaboratif.
- Desire2Learn
Tenaga pengajar dapat membina kursus, penghantaran dan pengurusan dengan lebih mudah dalam talian. Termasuk aplikasi mudah alih, penilaian data pelajar
- Edmodo
Platform yang menekankan kolaborasi dan media sosial untuk disesuaikan dengan pembelajaran. Edmodo direka khas untuk kegunaan bilik darjah. Platform ini juga menyediakan alat untuk membuat kerja rumah, penilaian, perbincangan dan pembelajaran mudah alih.
- Moodle
moodle.org
Aplikasi sesawang yang percuma dan boleh digunakan oleh para pendidik untuk membuat laman pembelajaran dalam talian dengan lebih berkesan.
- Schoology
Platform untuk menguruskan perbincangan dalam talian. Ciri-ciri kolaboratif membolehkan tenaga pengajar untuk berkongsi bahan dan mengintegrasi kandungan.
8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran
SPP memberikan yang mudah bagi pentadbir sistem untuk membina dan menyampaikan kandungan sambil memantau penyertaan dan menilai prestasi pengguna. Sistem ini juga menawarkan banyak lagi kebaikan yang bakal diperoleh oleh pentadbir, guru dan pelajar. Berikut merupakan antara kebaikan atau kepentingan sistem ini :
- Menggunakan strategi pembelajaran dengan betul, SPP dapat meningkatkan motivasi pelajar, menggalakkan pembelajaran dan interaksi, memberikan maklum balas dan sokongan semasa proses pembelajaran. Hal ini dikatakan SPP menyokong kandungan bahan dalam pelbagai format (multimedia, video dan teks).
- Akses kepada bahan kursus adalah pada bila-bila masa sahaja. Bahan kursus dikemas kini dan pelajar dan pelajar dapat melihat perubahan yang dibuat dalam bidang tertentu.
- Pelbagai aktiviti ditawarkan kepada pelajar untuk membuat pilihan. Pelajar dapat merancang pembelajaran, berkomunikasi dengan guru dan rakan sekelas secara maya dan membolehkan pelbagai maklumat diperoleh dengan segera.
- Pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan masa mereka dengan lebih efektif.
- Pembelajaran berpusat memudahkan penawaran sumber pembelajaran kepada ramai pengguna dan latihan serta kandungan dapat diakses daripada sumber yang sama serta kandungan dapat dikemas kini dengan mudah. Hal ini membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang dikemas kini pada masa yang sama.
- SPP menawarkan ciri-ciri yang membenarkan pentadbir dan guru untuk memantau kemajuan atau prestasi para pelajar. SPP yang baik akan membuat pemantauan dan menilai kemajuan yang lancar kepada guru dan pelajar.
8.4 Rumusan
Rajah diatas merupakan ringkasan untuk topik ini. |
Elaina Durin. (t.t). Sistem Pengurusan Pembelajaran_LMS. Diperoleh daripada :
https://www.scribd.com/doc/115200759/Sistem-Pengurusan-Pembelajaran-LMS
https://www.scribd.com/doc/115200759/Sistem-Pengurusan-Pembelajaran-LMS
Mohamed Amin Embi. (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia : Putrajaya
Mujahid Islam. (2016). Sistem pengurusan pembelajaran. Diperoleh daripada :
https://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran
Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2017) My Guru LMS. Diperoleh daripada:
Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2017) My Guru LMS. Diperoleh daripada:
https://myguru.upsi.edu.my
Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad. (2010). E-Pembelajaran :Internet dalam pembelajaran sepanjang hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi
No comments:
Post a Comment