Bab 6
KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAN BAHAN BERTULIS
oleh : Nurul Izzati binti Abdul Rahman
oleh : Nurul Izzati binti Abdul Rahman
DEFINISI
- Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
- Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
- Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih .
Tujuan
- Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
- Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui
KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS
- Menganalisis Idea
- Menganalisis Hujah
(A) Menganalisis Idea
- Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
- Mengelas
- Membanding dan membeza
- Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
- Membuat urutan
(B) Menganalisis Hujah
- Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
- Mencari sebab dan kesimpulan
- Mengusul periksa andaian
- Membuat urutan
- Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
- Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.
Jenis-jenis urutan
- Urutan abjad - contoh : Senarai nama
- Urutan masa - contoh : Kesultanan Melaka
- Analisis operasi - contoh : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
- Rangkaian sebab - contoh : Kepupusan Dinosaur
- Kitar - contoh : Kitar Oksigen
- Pangkatan - contoh : Rancangan kerja mengikut keutamaan
MAKLUMAT BERBENTUK KUANTITATIF
Maklumat dalam bentuk nombor yang dapat dianalisis melalui pelbagai kaedah iaitu :
- Jadual
- Graf - lengkung, bar, pai dan piktograf
Lengkung
graf bar
carta pai
Piktograf
- berbentuk teks, lakaran, rajah, foto
rajah
lakaran
foto
teks
Kesimpulan
Analisis dan penjelasan idea dapat menyebabkan pemahaman yang lebih mendalam.Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu pemahaman yang mahir.
6.2 PENTAFSIRAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN
i ) Mentafsir Maklumat
- Mentafsir maklumat bermaksud memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan .
- Mentafsir teks adalah memberi penerangan tentang teks yang telah dibaca dengan menjelaskan maksud tersurat dan mencari maksud tersirat
- Mentafsir teks adalah memberi penerangan tentang teks yang telah dibaca dengan menjelaskan maksud tersurat dan mencari maksud tersirat
- Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.
Berikut merupakan langkah – langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks:
a) Memecahkan data kepada bahagian kecil – mengenal pasti tema yang dibincang
b) Meneliti semua data untuk mencari perkaitan – menentukan perkaitan antara tema-tema.
c) Membezakan fakta daripada hipotesis – mengenal pasti maklumat berbentuk fakta atau andaian.
d) Membezakan idea utama daripada idea sampingan – menentukan perhubungan antara idea utama dan idea samping .
Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Ianya juga dibuat berdasarkan bukti daripada maklumat yang telah dianalisis dan ditafsirkan.
6.3 PENILAIAN MAKLUMAT
Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :
a) Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat
b) Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca
c) Saksama – bersifat adil dan neutral
d) Nilai semasa – maklumat terkini
e) Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu.
6.4 SINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
- Mensintesis merupakan aktiviti yang agak sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca untuk mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
- Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan atau mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
- Sintesis juga adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan akhirnya menyatukan idea.
RUJUKAN
1. Noor Amal . (2015) . Kemahiran Memproses Maklumat & Peyendiaan Bahan Bertulis
2. PavithiraVijayakumar . (2018) . MENGANALISIS ,MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN. http://pavithiraanbu.blogspot.com/
.
rii
No comments:
Post a Comment