Bab 9: Sikap Terhadap Pentaksiran
oleh: Nur Irdina Rushda Binti Shahirul Nizam
Setelah mempelajari bab ini, pelajar akan dapat:
- Menjelaskan jenis dan prosedur pentaksiran yang terdapat di institusi pengajian tinggi.
- Mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diberi penekanan oleh pelajar dalam menghadapi persediaan untuk pentaksiran.
- Menjelaskan konsep integriti pelajar dalam pentaksiran.
9.0 Pengenalan
Peralihan dari zaman persekolahan ke institusi pengajian tinggi memerlukan seseorang pelajar untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek berdasarkan gaya pembelajaran kendiri serta mengurus cabaran yang mungkin berada di luar jangkaan seseorang pelajar. Kepelbagaian kemahiran seperti kemahiran mengurus masa pembelajaran, kemahiran membaca dan mencatat nota serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu dimiliki oleh seseorang pelajar agar mereka dapat menguasai bidang ilmu pengetahuan serta penilaian kursus dengan baik.
9.1 Jenis-jenis Pentaksiran
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013 pentaksiran ditakrifkan sebagai proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.
Menurut IPGM 2018, pentaksiran ialah satu mekanisme untuk mengukur hasil pembelajaran sesuatu kursus dan perkembangan pelajar di IPG. Di IPG, maklum balas kemajuan siswa didik melalui proses pentaksiran bertujuan menentukan prestasi dan pencapaian mereka bagi tujuan penganugerahan ijazah dan penghasilan siswa didik yang berketerampilan ikhtisas dalam profesionnya.
Pentaksiran yang dilaksanakan adalah menggunakan kaedah bertulis seperti peperiksaan bertulis dan kaedah bukan bertulis seperti tugasan autentik, amali, eksperimen, projek.
Tujuan pentaksiran dijalankan ialah:
- Menilai aras pengetahuan
- Menilai kemahiran praktikal
- Menilai kemahiran insaniah pelajar yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor manusia
a) Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning)
Pentaksiran ini bertujuan membantu pembelajaran pelajar dengan memberikan maklumat tentang penguasaan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Maklum balas daripada pentaksiran ini adalah untuk mendorong dan memotivasikan pelajar untuk membuat penambahbaikan. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran formatif yang dijalankan secara berterusan dengan menilai perkembangan atau kemajuan pelajar. Di IPG, pentaksiran ini berbentuk kerja kursus, kuiz atau projek.
b) Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning)
Pentaksiran ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Pentaksiran jenis ini berlaku apabila pelajar membuat refleksi dan memantau pencapaian sendiri, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri bagi tujuan menambah baik pembelajaran sendiri. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran formatif yang merupakan penilaian kendiri pelajar. Di IPG, pentaksiran ini berbentuk penulisan refleksi dan penulisan jurnal tentang sesuatu amalan profesional.
c) Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning)
Pentaksiran ini berlaku apabila guru menggunakan bukti pembelajaran pelajar untuk membuat pertimbangan terhadap pencapaian pelajar berdasarkan sesuatu standard. Pentaksiran yang berbentuk peperiksaan bertulis ini bertujuan menambah kebertanggungjawaban kepada masyarakat. Pencapaian dan perkembangan pelajar perlu dilaporkan kepada ibu bapa. Pentaksiran tentang pembelajaran ini ialah pentaksiran sumatif yang membandingkan prestasi pelajar dengan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan pada awal pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK).
9.1.2 Kerja Kursus
Kerja kursus merupakan satu bentuk pentaksiran secara formatif yang mengintegrasikan pengetahuan berasaskan pengetahuan, penyelidikan dan pengalaman.
Ciri-ciri tugasan kerja kursus di IPG
Kerja kursus merupakan satu bentuk pentaksiran secara formatif yang mengintegrasikan pengetahuan berasaskan pengetahuan, penyelidikan dan pengalaman.
Ciri-ciri tugasan kerja kursus di IPG
- Tugasan yang bersifat autentik iaitu memanfaatkan situasi sebenar untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari.
- Proses pembinaan ilmu yang bermakna melalui integrasi pembelajaran dan pengalaman.
- Mencabar minda dan melibatkan pembelajaran mendalam yang memerlukan pemikiran aras tinggi, kreativiti serta inovasi.
- Pengamalan kemahiran belajar untuk mengukuhkan budaya ilmu serta amalan pembelajaran sepanjang hayat.
9.1.3 Peperiksaan
Peperiksaan sering kali dirujuk sebagai pentaksiran tentang pembelajaran yang berlaku secara sumatif dan biasanya merupakan ujian kertas-pensel (bertulis). Kertas peperiksaan mengandungi dua hingga tiga bahagian iaitu:
a) Bahagian soalan pendek
b) Bahagian soalan struktur
c) Bahagian esei
9.1.4 Ujian Amali
Ujian amali ini dilakukan bertujuan untuk mengukur kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, insaniah dan kreativiti serta daya inovasi yang dimiliki.
9.2 Persediaan untuk Pentaksiran
9.3 Tugasan Individu dan Tugasan Kumpulan
Tugasan individu: Tugasan yang disediakan secara individu.
- Pelajar perlu membuat pencarian dan menguruskan maklumat dengan bijak untuk menyediakan penulisan akademik secara individu dengan cemerlang.
Tugasan kumpulan: Tugasan yang disediakan di dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 2-3 orang ahli kumpulan.
- Tugasan berkumpulan ini biasanya memberikan fokus kepada kemahiran insaniah seperti kemahiran mengurus maklumat, berkomunikasi, kepimpinan, etika dan nilai.
- Buku Panduan Pentaksiran IPGM (2019) menetapkan wajaran markah bagi kerja berkumpulan adalah tidak lebih daripada 50 peratus daripada wajaran markah keseluruhan pentaksiran kerja kursus.
9.4 Integriti Pelajar dalam Pentaksiran
Maksud Integriti
Integriti secara umum bermaksud berpegang teguh pada nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan telus atau berterus-terang.
Setiap pelajar yang berdaftar sebagai pelajar di mana-mana institusi pengajian mempunyai tanggungjawab untuk memahami dan mematuhi arahan, peraturan dan kod etika yang ditetapkan.
Plagiat ialah tindakan meniru hasil kerja atau pendapat orang lain sama ada menerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa mengiktiraf atau membuat pengakuan tentang sumbernya. Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat sebarang idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. Seseorang dikatakan memplagiat apabila mereka:
a) Menerbitkan dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademiknya apabila dia tidak langsung menyumbangkan sebarang idea terhadap penghasilan sesuatu bahan.
b) Memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi projek penyelidikan tertentu apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik atau pengarang bersama.
c) Memetik data akademik yang hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripasa penyelidikan akdemiknya tanpa memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal,
d) Menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu ke dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri.
e) Memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa pengubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun semula idea itu dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea itu.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pentaksiran merupakan sebuah prosedur yang merangkumi proses berterusan untuk memperoleh maklumat serta menguasasi bidang ilmu pengetahuan.
Rujukan
1) Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2) Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee & Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.