Wednesday, September 4, 2019

BAB 9 : Sikap Terhadap Pentaksiran

Bab 9: Sikap Terhadap Pentaksiran

oleh: Nur Irdina Rushda Binti Shahirul Nizam


Setelah mempelajari bab ini, pelajar akan dapat: 
  • Menjelaskan jenis dan prosedur pentaksiran yang terdapat di institusi pengajian tinggi. 
  • Mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diberi penekanan oleh pelajar dalam menghadapi persediaan untuk pentaksiran. 
  • Menjelaskan konsep integriti pelajar dalam pentaksiran. 

9.0 Pengenalan

Peralihan dari zaman persekolahan ke institusi pengajian tinggi memerlukan seseorang pelajar untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek berdasarkan gaya pembelajaran kendiri serta mengurus cabaran yang mungkin berada di luar jangkaan seseorang pelajar. Kepelbagaian kemahiran seperti kemahiran mengurus masa pembelajaran, kemahiran membaca dan mencatat nota serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu dimiliki oleh seseorang pelajar agar mereka dapat menguasai bidang ilmu pengetahuan serta penilaian kursus dengan baik. 

9.1 Jenis-jenis Pentaksiran


Related image
Definisi Pentaksiran

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013 pentaksiran ditakrifkan sebagai proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.

Menurut IPGM 2018, pentaksiran ialah satu mekanisme untuk mengukur hasil pembelajaran sesuatu kursus dan perkembangan pelajar di IPG. Di IPG, maklum balas kemajuan siswa didik melalui proses pentaksiran bertujuan menentukan prestasi dan pencapaian mereka bagi tujuan penganugerahan ijazah dan penghasilan siswa didik yang berketerampilan ikhtisas dalam profesionnya.

Pentaksiran yang dilaksanakan adalah menggunakan kaedah bertulis seperti peperiksaan bertulis dan kaedah bukan bertulis seperti tugasan autentik, amali, eksperimen, projek.

Tujuan pentaksiran dijalankan ialah:


  1. Menilai aras pengetahuan
  2. Menilai kemahiran praktikal
  3. Menilai kemahiran insaniah pelajar yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor manusia

a) Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning)

Pentaksiran ini bertujuan membantu pembelajaran pelajar dengan memberikan maklumat tentang penguasaan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Maklum balas daripada pentaksiran ini adalah untuk mendorong dan memotivasikan pelajar untuk membuat penambahbaikan. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran formatif yang dijalankan secara berterusan dengan menilai perkembangan atau kemajuan pelajar. Di IPG, pentaksiran ini berbentuk kerja kursus, kuiz atau projek.

b) Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning)

Pentaksiran ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Pentaksiran jenis ini berlaku apabila pelajar membuat refleksi dan memantau pencapaian sendiri, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri bagi tujuan menambah baik pembelajaran sendiri. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran formatif yang merupakan penilaian kendiri pelajar. Di IPG, pentaksiran ini berbentuk penulisan refleksi dan penulisan jurnal tentang sesuatu amalan profesional.

c) Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning)

Pentaksiran ini berlaku apabila guru menggunakan bukti pembelajaran pelajar untuk membuat pertimbangan terhadap pencapaian pelajar berdasarkan sesuatu standard. Pentaksiran yang berbentuk peperiksaan bertulis ini bertujuan menambah kebertanggungjawaban kepada masyarakat. Pencapaian dan perkembangan pelajar perlu dilaporkan kepada ibu bapa. Pentaksiran tentang pembelajaran ini ialah pentaksiran sumatif yang membandingkan prestasi pelajar dengan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan pada awal pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK).

Image result for course work

9.1.2 Kerja Kursus

Kerja kursus merupakan satu bentuk pentaksiran secara formatif yang mengintegrasikan pengetahuan berasaskan pengetahuan, penyelidikan dan pengalaman.

Ciri-ciri tugasan kerja kursus di IPG


  • Tugasan yang bersifat autentik iaitu memanfaatkan situasi sebenar untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari. 
  • Proses pembinaan ilmu yang bermakna melalui integrasi pembelajaran dan pengalaman. 
  • Mencabar minda dan melibatkan pembelajaran mendalam yang memerlukan pemikiran aras tinggi, kreativiti serta inovasi. 
  • Pengamalan kemahiran belajar untuk mengukuhkan budaya ilmu serta amalan pembelajaran sepanjang hayat. 
9.1.3 Peperiksaan

Peperiksaan sering kali dirujuk sebagai pentaksiran tentang pembelajaran yang berlaku secara sumatif dan biasanya merupakan ujian kertas-pensel (bertulis). Kertas peperiksaan mengandungi dua hingga tiga bahagian iaitu:
a) Bahagian soalan pendek
b) Bahagian soalan struktur
c) Bahagian esei

9.1.4 Ujian Amali

Ujian amali ini dilakukan bertujuan untuk mengukur kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, insaniah dan kreativiti serta daya inovasi yang dimiliki.

9.2 Persediaan untuk Pentaksiran 



9.3 Tugasan Individu dan Tugasan Kumpulan 

Tugasan individu: Tugasan yang disediakan secara individu.

- Pelajar perlu membuat pencarian  dan menguruskan maklumat dengan bijak untuk menyediakan penulisan akademik secara individu dengan cemerlang.

Tugasan kumpulan: Tugasan yang disediakan di dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 2-3                                       orang ahli kumpulan. 

- Tugasan berkumpulan ini biasanya memberikan fokus kepada kemahiran insaniah seperti kemahiran mengurus maklumat, berkomunikasi, kepimpinan, etika dan nilai.

- Buku Panduan Pentaksiran IPGM (2019) menetapkan wajaran markah bagi kerja berkumpulan adalah tidak lebih daripada 50 peratus daripada wajaran markah keseluruhan pentaksiran kerja kursus.

9.4 Integriti Pelajar dalam Pentaksiran

Maksud Integriti 


Integriti secara umum bermaksud berpegang teguh pada nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan telus atau berterus-terang. 


Setiap pelajar yang berdaftar sebagai pelajar di mana-mana institusi pengajian mempunyai tanggungjawab untuk memahami dan mematuhi arahan, peraturan dan kod etika yang ditetapkan.

Plagiat ialah tindakan meniru hasil kerja atau pendapat orang lain sama ada menerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa mengiktiraf atau membuat pengakuan tentang sumbernya. Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat sebarang idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. Seseorang dikatakan memplagiat apabila mereka:

a) Menerbitkan dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademiknya apabila dia tidak langsung menyumbangkan sebarang idea terhadap penghasilan sesuatu bahan.

b) Memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi projek penyelidikan tertentu apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik atau pengarang bersama.

c) Memetik data akademik yang hasil penyelidikan yang dijalankan  oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripasa penyelidikan akdemiknya tanpa memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal,

d) Menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu ke dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri.

e) Memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa pengubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun semula idea itu dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea itu.

Kesimpulan 

Secara keseluruhannya, pentaksiran merupakan sebuah prosedur yang merangkumi proses berterusan untuk memperoleh maklumat serta menguasasi bidang ilmu pengetahuan.

Rujukan 

1) Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2) Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee & Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.







BAB 8 : Sistem Pengurusan Pembelajaran


Bab 8

Sistem Pengurusan Pembelajaran
oleh : Nur Aliya Solehah binti Rostam

Kini, Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS) telah menjadi satu komponen penting dalam sistem pendidikan Malaysia (di kebanyakan universiti serta pusat pengajian tinggi) . Hal ini demikian kerana ciri pembelajaran dan reka bentuk yang unik dalam SPP membolehkannya dilaksanakan untuk pelbagai pelajar di peringkat tinggi. Terdapat banyak set-set alat standard yang boleh digunakan untuk memudahkan pembelajaran dan perbincangan dalam persekitaran talian.

Rajah 1 menunjukkan contoh LMS/SPP yang diambil daripada
 portal Universiti Pendidikan Sultan Azlan Shah
Rajah 2 menunjukkan secara ringkas tentang kandungan yang terdapat
 dalam LMS/SPP yang boleh diakses oleh pelajar

8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran  (SPP)

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) merupakan platform dalam talian yang membolehkan penyampaian bahan, sumber dan aktiviti pelajar dalam dan luar persekitaran bilik darjah.

Hal ini membolehkan guru menawarkan arahan khusus yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana-mana mereka berada. Secara umumnya, sistem ini juga digunakan untuk menyampaikan, mengakses, menilai dan menguruskan latihan-latihan dalam talian. (Srichannyachon,2014). Melalui sistem ini juga para pelajar dapat melihat dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran dengan carian laman sesawang yang menggunakan sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih.


Platform ini mempunyai tiga tahap penggunaan dengan ciri-ciri penggunaan yang berbeza iaitu:

Peranan
Fungsi
Pentadbir
(pengurus platform)
Mengurus keseluruhan persekitaran pembelajaran
Guru
(*jawatan lain)
Menjana kursus, mata pelajaran atau latihan
Pelajar
(peserta)
Akses dan berinteraksi dengan kursus tertentu dan mengambil bahagian dalam subjek yang dilanggan


Ciri-ciri utama dalam SPP adalah seperti berikut :
  • Kebolehcapaian
SPP seharusnya berasaskan web dan boleh diakses oleh semua pelajar (peserta) tanpa mengira lokasi. Selain itu, kolej atau universiti boleh mencapai populasi pelajar yang pelbagai dalam mengakses sistem ini. Perkembangan teknologi juga dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang fleksibel.
  • Masa
SPP akan membenarkan para guru untuk menyiarkan maklumat dan kandungan pembelajaran bagi menjana pemikiran yang kritis lagi inovatif dalam kalangan pelajar tanpa kekangan jadual kelas yang terhad.
  • Fleksibiliti
SPP menyediakan fleksibiliti yang diperlukan untuk memenuhi keunikan gaya pembelajaran mereka. Hal ini akan membolehkan pelajar untuk menyemak kembali kandungan atau menyelidiki topik yang mereka minati. Seterusnya, memberi peluang kepada para pelajar untuk menjalankan pembelajaran kendiri di samping menguruskan  masa mereka dengan baik.

  • Kepelbagaian mod pembelajaran
Pelajar boleh mempelajari kandungan pembelajaran melalui pelbagai cara audio, video, foto, artikel dan simulasi interaktif. Hal in akan menjadi kualiti hasil pembelajaran mereka semakin meningkat.
  • Kolaboratif
SPP juga boleh menjadi penyumbang dalam mendidik para pelajar untuk melahirkan sikap bekerjasama dalam kumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana ahli kumpulan boleh menghantar fail atau dokumen untuk berkongsi maklumat dalam perbincangan kumpulan,
  • Mudah guna
SPP yang baik adalah sistem yang mesra pengguna yang ciri-cirinya cepat dan mudah untuk dipelajari.
  • Menyokong komuniti
Hal ini dikatakan demikian kerana, Forum perbincangan, pautan, perkongsian dokumen  dan real-time messaging dapat menggalakkan komuniti pelajar untuk berkumpul dan berkongsi pengetahuan.

8.2 Modul-modul aktiviti dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran

SPP menyediakan kemudahan untuk berinteraksi antara pelajar dan tenaga pengajar melalui media komunikasi. Media komunikasi yang terkandung dalam SPP ialah forum, papan buletin, e-mel dan ruang sembang (chat). Dalam e-pembelajaran, medium ini merupakan yang terbaik.

  • Ruangan sembang (chat)

Media ini sangat penting untuk memudahkan para pelajar membuat perbincangan secara maya. Ruangan sembang ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman antara satu sama lain terhadap topik yang dibincangkan. Medium ini sedikit berbeza dengan daripada forum.
  • Pangkalan data
Pelajar dan tenaga pelajar boleh menggunakan pangkalan data untuk membina, memaparkan dan mencari topik-topik dalam rekod SPP. Format dan struktur penyertaan ini termasuklah imej, URL, nombor dan teks.

  • Glosari
Membenarkan peserta untuk membuat dan menyelenggarakan senarai istilah berserta takrifnya. Maksud perkataan boleh dicari dan disemak dalam banyak format yang berbeza dan boleh dihubungkan dari tempat lain di laman sesawang ini.
  • Forum
Rajah di atas merupakan contoh forum yang membenarkan
perbincangan secara maya dijalankan

Digunakan untuk perbincangan secara tidak segerak di dalam talian. Melalui forum, para pelajar akan mendapat salinan setiap post baharu melalui e-mel. Forum juga membenarkan pelajar dan guru untuk untuk menghantar komen bagi merangsang perbincangan.
  • Soal selidik
Membolehkan guru untuk membuat tinjauan yang diisi oleh pelajar. Misalnya, penilaian kursus atau tinjauan terhadap bahan bacaan.
  • Penjadualan
rajah ini menunjukkan contoh tarikh penghantaran
 yang boleh dilihat oleh pelajar

Membenarkan tenaga pengajar kursus menyiarkan waktu yang sesuai bagi mesyuarat dan kemudian pelajar mendaftar untuk slot yang paling sesuai dengan mereka. Hal ini berguna untuk mesyuarat atau perjumpaan yang diperlukan antar pelajar dan guru. selain itu, para pelajar dapat mengetahui tentang tarikh-tarikh penghantaran tugasan dan sebagainya. 

  • Pelajaran
Guru dapat membuat laluan bersyarat melalui bahan yang dibina yang terdiri daripada beberapa halaman. Setiap halaman biasanya berakhir dengan soalan dan jawapan.
  • Tugasan
Rajah 2 menunjukkan bahawa pelajar boleh menggunakan tools 
tersebut untuk menghantar tugasan.


Membenarkan pelajar menghantar kerja secara dalam talian termasuk memuat naik sebarang jenis fail seperti dokumen MS Word dan MS Powerpoint, klip video dan lain-lain lagi. Guru boleh memberi maklum balas dan gred kepada pelajar.



  • Muat naik fail secara terperinci
Digunakan sekiranya pelajar perlu menghantar beberapa fail atau fail yang berkapasiti besar. Guru dapat menetapkan saiz serta bilangan maksimum fail yang diserahkan kepada setiap pelajar. Guru boleh membuat keputusan jika mahu pelajar bekerja secara kumpulan, membenarkan pelajar memadam fail selepas dimuat naik dan menulis nota kepada guru.
  • Teks dalam talian
Rajah berikut menunjukkan contoh SPP membenarkan
pelajar untuk menyelesaikan tugasan dengan teks yang boleh ditaip oleh pelajar.


Tugasan yang berasaskan teks yang memerlukan jawapan ringkas. Pelajar tidak boleh memuat naik fail daripada komputer dan hanya boleh menaip teks pada kotak editor dan menghantarkannya kepada guru. Guru juga boleh menetapkan tarikh tugasan yang perlu dihantar.
  • Muat naik satu fail
Fungsi ini hampir sama seperti ‘memuat naik fail secara terperinci’ namun hanya boleh memuat naik satu fail yang bersaiz kecil sahaja. Guru boleh menetapkan tarikh akhir penyerahan, skala gred dan sebagainya.
  • Aktiviti luar talian (offline activity)
Merupakan antara pilihan yang paling mudah untuk digunakan. Kebanyakan tugasan hanya wujud sebagai peringatan kepada pelajar bahawa mereka mempunyai tugasan pada hari tertentu.
  • Kuiz
Membolehkan guru mereka bentuk  dan menetapkan kuiz ujian, pelbagai soalan dan pilihan pelaporan. Kuiz elektronik ini membolehkan banyak perkara dilakukan berbanding kuiz berasaskan kertas. SPP juga membenarkan pelajar mengulangi kuiz tersebut beberapa kali dan memberikan skor bagi kuiz tersebut.
  • Wiki
Mewujudkan komuniti pembelajaran dalam kalangan pelajar dan guru. Pelajar dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dengan rakan sebaya, guru, dan lain-lain sebagai satu kumpulan serta memberi ulasan terhadap kerja masing-masing.


8.2.1 Tinjauan terhadap Sistem-sistem Pengurusan Pembelajaran


Terdapat banyak platform yang direka khas untuk para pendidik. Antaranya ialah :

  • Blackboard


www.blackboard.com

Platform pendidikan yang komprehensif dalam talian yang merangkumi aplikasi mudah alih dan bercirikan kolaboratif.
  • Desire2Learn



Tenaga pengajar dapat membina kursus, penghantaran dan pengurusan dengan lebih mudah dalam talian. Termasuk aplikasi mudah alih, penilaian data pelajar

  • Edmodo




Platform yang menekankan kolaborasi dan media sosial untuk disesuaikan dengan pembelajaran. Edmodo direka khas untuk kegunaan bilik darjah. Platform ini juga menyediakan alat untuk membuat kerja rumah, penilaian, perbincangan dan pembelajaran mudah alih.

  • Moodle


moodle.org

Aplikasi sesawang yang percuma dan boleh digunakan oleh para pendidik untuk membuat laman pembelajaran dalam talian dengan lebih berkesan.
  • Schoology



Platform untuk menguruskan perbincangan dalam talian. Ciri-ciri kolaboratif membolehkan tenaga pengajar untuk berkongsi bahan dan mengintegrasi kandungan. 


8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran

SPP memberikan yang mudah bagi pentadbir sistem untuk membina dan menyampaikan kandungan sambil memantau penyertaan dan menilai prestasi pengguna. Sistem ini juga menawarkan banyak lagi kebaikan yang bakal diperoleh oleh pentadbir, guru dan pelajar. Berikut merupakan antara kebaikan atau kepentingan sistem ini :

  1. Menggunakan strategi pembelajaran dengan betul, SPP dapat meningkatkan motivasi pelajar, menggalakkan pembelajaran dan interaksi, memberikan maklum balas dan sokongan semasa proses pembelajaran. Hal ini dikatakan SPP menyokong kandungan bahan dalam pelbagai format (multimedia, video dan teks).
  2. Akses kepada bahan kursus adalah pada bila-bila masa sahaja. Bahan kursus dikemas kini dan pelajar dan pelajar dapat melihat perubahan yang dibuat dalam bidang tertentu.
  3. Pelbagai aktiviti ditawarkan kepada pelajar untuk membuat pilihan. Pelajar dapat merancang pembelajaran, berkomunikasi dengan guru dan rakan sekelas secara maya dan membolehkan pelbagai maklumat diperoleh dengan segera.
  4. Pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan masa mereka dengan lebih efektif.
  5. Pembelajaran berpusat memudahkan penawaran sumber pembelajaran kepada ramai pengguna dan latihan serta kandungan dapat diakses daripada sumber yang sama serta kandungan dapat dikemas kini dengan mudah. Hal ini membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang dikemas kini pada masa yang sama.
  6. SPP menawarkan ciri-ciri yang membenarkan pentadbir dan guru untuk memantau kemajuan atau prestasi para pelajar. SPP yang baik akan membuat pemantauan dan menilai kemajuan yang lancar kepada guru dan pelajar.



8.4 Rumusan



Rajah diatas merupakan ringkasan untuk topik ini.

8.5 Rujukan

Elaina Durin. (t.t). Sistem Pengurusan Pembelajaran_LMS. Diperoleh daripada :
https://www.scribd.com/doc/115200759/Sistem-Pengurusan-Pembelajaran-LMS

Mohamed Amin Embi. (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia : Putrajaya


Mujahid Islam. (2016). Sistem pengurusan pembelajaran. Diperoleh daripada :

https://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran


Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2017) My Guru LMS. Diperoleh daripada:
https://myguru.upsi.edu.my

Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad. (2010). E-Pembelajaran :Internet dalam pembelajaran sepanjang hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi




BAB 6 : KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAN BAHAN BERTULIS


Bab 6 


KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAN BAHAN BERTULIS 
oleh : Nurul Izzati binti Abdul Rahman

 DEFINISI
  • Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
  • Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
  • Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih .

Tujuan

  • Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
  • Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui
6.1 PENGANALISISAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL 

KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

  • Menganalisis Idea
  • Menganalisis Hujah

(A) Menganalisis Idea

  • Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
  • Mengelas
  • Membanding dan membeza
  • Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
  • Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah

  • Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
  • Mencari sebab dan kesimpulan
  • Mengusul periksa andaian
  • Membuat urutan
  • Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
  • Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.

Jenis-jenis urutan

  • Urutan abjad - contoh : Senarai nama
  • Urutan masa - contoh : Kesultanan Melaka
  • Analisis operasi - contoh : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
  • Rangkaian sebab - contoh : Kepupusan Dinosaur
  • Kitar - contoh : Kitar Oksigen
  • Pangkatan - contoh : Rancangan kerja mengikut keutamaan

MAKLUMAT BERBENTUK KUANTITATIF

Maklumat dalam bentuk nombor yang dapat dianalisis melalui pelbagai kaedah iaitu :
  • Jadual
  • Graf - lengkung, bar, pai dan piktograf
Image result for graf lengkung
Lengkung
graf bar
Image result for contoh graf pai

carta pai

Image result for contoh graf piktograf





Piktograf


  •        berbentuk teks, lakaran, rajah, foto


Image result for contoh rajah
rajah
Image result for contoh lakaran
lakaran
Image result for contoh foto bunga
foto


Image result for contoh quotes
teks




Kesimpulan

Analisis dan penjelasan idea dapat menyebabkan pemahaman yang lebih mendalam.Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu pemahaman yang mahir.


6.2 PENTAFSIRAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN

      i )  Mentafsir Maklumat

          - Mentafsir maklumat bermaksud memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan .

           -  Mentafsir teks adalah memberi penerangan tentang teks yang telah dibaca dengan menjelaskan maksud tersurat dan mencari maksud tersirat

           - Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

           Berikut merupakan langkah – langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks:

       a)    Memecahkan data kepada bahagian kecil – mengenal pasti tema yang dibincang

      b)    Meneliti semua data untuk mencari perkaitan – menentukan perkaitan antara tema-tema.

     c)    Membezakan fakta daripada hipotesis – mengenal pasti maklumat berbentuk  fakta atau andaian.

   d)    Membezakan idea utama daripada idea sampingan – menentukan perhubungan antara idea utama dan idea samping .


Image result for kartoon mentafsir maklumatii) MEMBUAT KESIMPULAN 

Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Ianya juga dibuat berdasarkan bukti daripada maklumat yang telah dianalisis dan ditafsirkan.

6.3  PENILAIAN MAKLUMAT

Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.

Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :

a)    Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat

b)    Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca

c)    Saksama – bersifat adil dan neutral

d)    Nilai semasa – maklumat terkini

e)    Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu.


6.4 SINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS 
  • Mensintesis merupakan aktiviti yang agak sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca untuk mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
  • Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan atau mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
  • Sintesis juga  adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan akhirnya menyatukan idea.

Image result for kartoon berjaya
Daripada Nurul Izzati Binti Abdul Rahman 

RUJUKAN

1. Noor Amal . (2015) . Kemahiran Memproses Maklumat & Peyendiaan Bahan Bertulis
2. PavithiraVijayakumar . (2018) . MENGANALISIS ,MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN. http://pavithiraanbu.blogspot.com/
 .

rii




BAB 9 : Sikap Terhadap Pentaksiran

Bab 9: Sikap Terhadap Pentaksiran oleh: Nur Irdina Rushda Binti Shahirul Nizam Setelah mempelajari bab ini, pelajar akan dapat:  M...